Kertas Konsep & Peraturan

  1. PERATURAN BAHAS..doc
  2. PERATURAN SOFBOL..doc
  3. PERATURAN VOKTEK Idol.ok.doc
  4. PERATURAN BOLA SEPAK..doc
  5. PERATURAN BOLA JARING..doc
  6. PERATURAN RAGBI..doc
  7. PERATURAN TAKRAW..doc
  8. PERATURAN CHORAL SPEAKING..doc

Download HERE

 

 

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT ZON SABAH & WP. LABUAN 2012.

 

 

 

 

1.0.        UNDANG UNDANG PERMAINAN.

 

1.1.        Selain daripada peraturan peraturan yang terkandung , pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang undang Permainan Bola Sepak Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM ) dan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( FIFA ) .

 

2.0.        TARIKH PERTANDINGAN

 

2.1       Tarikh : 15 hingga 18 April 2012.

 

3.0.        TEMPAT PERTANDINGAN

3.1       Tempat : Sekolah Menengah Vokasional Lahad Datu.

 

 

4.0.        KELAYAKAN PEMAIN.

 

4.1.      Penyertaan adalah terbuka kepada semua SMT, SMV dan KV seluruh Sabah dan WP. Labuan.

4.2       Pemain yang hendak didaftarkan bermain mewakili pasukannya hendaklah di kalangan murid-murid yang sedang belajar dan didaftarkan sebagai murid di sekolah berkenaan sahaja seperti :

4.2.1    Murid-murid yang sedang mengikuti Kursus Sepenuh Masa aliran Teknik dan Vokasional.

4.2.2    Murid-murid yang sedang mengikuti Aliran Kemahiran Kursus Dua

tahun.

4.3       Pemain-pemain berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH didaftarkan sebagai pemain sekolah berkenaan, jika :-

4.3.1    Murid-murid tersebut sedang mengikuti Kursus Kemahiran Jangka Pendek tiga (3) bulan, enam (6) bulan atau satu (1) tahun.

4.3.2    Murid-murid yang sedang mengikuti program khas seperti projek link

( kerjasama dengan pihak swasta dan agensi luar )

4.3.3    Murid-Murid tersebut sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2) matapelajaran SMT/SMV/KV.

4.4       Pihak Pengelola berhak membuat semakan kelayakan peserta pada bila bila masa dan mana mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada pertandingan ini.

 

5.0       PENDAFTARAN PEMAIN.

 

5.1       Pendaftaran pemain atau peserta mestilah menggunakan Borang Pendaftaran rasmi ( T01 ) yang disediakan oleh Pihak Pengelola beserta salinan kad pengenalan pemain / peserta yang telah disahkan. Borang tersebut hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya sebulan sebelum pertandingan bermula.

5.2       Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Pemain atau pendaftaran pemain baru hendaklah dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Selepas mesyuarat tersebut sebarang pindaan adalah TIDAK DIBENARKAN.

5.3       Sekurang kurangnya 15 minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap tiap pasukan hendaklah mengemukakan nama ( 11 ) sebelas pemain dan (7) tujuh pemain simpanan serta nombor jersi mereka di dalam  borang perlawanan.

5.4       Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pemain dan borang perlawanan.

 

 

6.0          JADUAL SERTA WARNA JERSI PASUKAN.

 

6.1                  Jawatankuasa Pengelola Pertandingan hendaklah menyusun jadual

perlawanan dan hendaklah diedarkan kepada semua pasukan yang

mengambil bahagian sekurang-kurangnya seminggu atau dalam satu tempoh

masa yang sesuai sebelum bermulanya pertandingan.

6.2          Sekiranya terdapat persamaan warna pakaian yang dengan syarat tuan rumah memakai warna sebagaimana yang mereka istiharkan, maka pasukan pelawat hendaklah menukar warna pakaian mereka.  Begitu juga sekiranya pasukan tuan rumah memakai warna pakaian lain dari apa yang mereka istiharkan, maka pasukan tuan rumahlah yang perlu menukar warna pakaian mereka.

6.3          Pemain hendaklah memakai jersi yang mempunyai nombor yang sama sepertimana yang telah didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pemain sepanjang pertandingan berlangsung. Pertukaran nombor jersi selain daripada yang didaftarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.

6.4          Semua pasukan dikehendaki mempunyai set jersi kedua dengan warna berlainan daripada jersi pertama.

6.5          Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata dilengan kiri jersinya. Sekiranya Ketua Pasukan digantikan, maka lilitan lengan tersebut hendaklah diberi kepada pemain yang mengambil alih tugas sebagai Ketua Pasukan.

 

7.0         .     PERTUKARAN PEMAIN.

 

7.1                  Hanya lima (5) pemain dari tujuh (7) pemain simpanan yang dikenalpasti terlebih dahulu dibenarkan bermain sebagai pemain gantian bagi satu-satu perlawanan.

7.2                  Mana mana pemain yang kena ganti tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut termasuk mengambil penalti dari tanda penalti.

 

 

8.0           MASA PERLAWANAN.

 

8.1          Masa permainan untuk peringkat awal ialah 40 minit bagi separuh masa pertama dan 40 minit bagi separuh masa kedua. Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 10 minit kecuali dengan izin pengadil.

8.2          Dalam  perlawanan kalah-mati ( peringkat separuh akhir dan akhir ) jika keputusan seri maka perlawanan akan ditambah 20 minit dua bahagian iaitu 10 minit setiap bahagian tanpa masa rehat. Jika tiada keputusan semasa masa tambahan, sistem tendangan penalti seperti yang diperuntukan dalam peraturan FIFA akan diambil.

 

 

 

9.0                  SISTEM PERTANDINGAN.

 

9.1          Pertandingan akan diadakan seperti berikut

9.1.1     Pusingan awal menggunakan sistem liga satu pusingan dua kumpulan ( A & B )

9.1.1.1              Menang           –           (3) tiga mata

9.1.1.2              Seri                  –           (1) satu mata

9.1.1.3              Kalah               –           (0) kosong mata.

9.12     Kalah Mati ( Separuh akhir dan Akhir )

9.1.2.2             Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke

perlawanan separuh akhir. Johan Kumpulan A akan

melawan Naib Johan Kumpulan B dan sebaliknya.

9.1.2.3             Pasukan yang kalah akan mendapat tempat ketiga

bersama.

9.2       Jumlah mata tertinggi akan menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan setelah semua perlawanan liga selesai.Sekiranya, setelah terdapat dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka kedudukan pasukan akan ditentukan seperti berikut :

9.2.1    Perbezaan gol akan menjadi penentuan, iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan terbesar antara jaringan gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.

9.2.2    Jika perbezaan gol masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan gol yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi

9.2.3    Jika masih juga seri, maka pasukan yang telah memenangi pihak lawannya hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.

9.2.4    Jika masih juga seri, maka kedudukan seri itu hendaklahlah diselesaikan menurut cara yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

 

 

  1. 10.          PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN.

 

10.1Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk

permainan di sebabkan oleh keadaan cuaca atau kerana hal hal yang tidak

dapat dimainkan atau sekiranya sesuatu perlawanan dihentikan akibat hal hal

luar kawalan kedua dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau

dihentikan itu hendaklah dilangsungkan ditempat yang sama dan pada masa

yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

10.2Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerena tingkahlaku penonton,

pegawai atau pemain satu pasukan yangb tidak memuaskan maka

Jawatankuasa Pengelola Pertandingan akan mengambil keputusan berikut :

10.2.1      Kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang lain dengan tiga (3 ) mata dan jaringan 3-0 atau jaringan semasa ia dihentikan, jika ianya lebih.

 

 

 

 

  1. 11.          BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI.

 

11.1       Sekiranya kurang dari 10 pemain dari salah satu pasukan turun ke padang  apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka pasukan yang mempunyai 10 pemain atau lebih pemain di padang hendaklah diberi kemenangan percuma dengan jaringan gol (3 – 0).

11.2       Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan 10 pemain atau lebih apabila Pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang diiklankan, maka Pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan yang akan mengambil tindakan yang difikirkan patut.

 

  1. 12.          MENARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN.

 

12.1       Semua pasukan dilarang untuk menarik diri dalam pertandingan ini. Sekiranya berlaku, semua keputusan perlawanan sebelum ini akan terbatal dan pasukan akan dikenakan tindakan tatatertib yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

 

 

  1. 13.             URUSAN PADANG.

 

13.1       Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan Pasukan Tuan Rumah  adalah bertanggungjawab atas segala urusan padang dan penyediaan bola dan perlantikan pegawai pertandingan. Setiap pasukan yang bertanding perlu membaawa sebiji bola pertandingan yang mematuhi Undang undang permainan sebagai persediaan kepada sebarang kemungkinan.

13.2       Sekiranya mana mana pegawai pertandingan tidak hadir pada waktu yang telah ditetapkan maka pengadil dari kalangan kakitangan pendidikan atau sesiapa sahaja yang layak boleh digunakan dengan syarat kedua dua pasukan yang bertanding bersetuju dan keputusan perlawanan tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas daripada itu.

 

  1. 14.         VENUE KOORDINATOR.

14.1Pasukan tuan rumah dan jawatankuasa Pengelola hendaklah melantik

seorang venue Koordinator yang akan bertanggung jawab untuk mengelola

perlawanan.

14.2Laporan Venue Koordinator hendaklah diserahkan / difaks kan kepada

setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan pada keesokan harinya.

 

 

  1. 15.        KAWALAN KESELAMATAN & KELAKUAN PEMAIN / PEGAWAI.

 

15.1Semua pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan adalah

bertanggungjawab atas kelakuan para pegawai, pemain dan penyokong

 

  1. 16.       TINDAKAN TATATERTIB.

 

16.1Pemain yang menerima dua  (Kad Kuning) di perlawanan yang berlainan,

akan digantung untuk satu (1) perlawanan.

16.2Pemain yang diperintah keluar padang (Kad Merah) oleh pengadil atas

setelah menerima dua (2) Kad Kuning dalam satu perlawanan yang sama

secara automatik akan digantung untuk satu (1) perlawanan yang berikutnya

16.3Pemain yang diperintah keluarpadang(Kad Merah) oleh pengadil di atas

sebab-sebab yang lain dari di atas iaitu (Kad Merah) diberikan terus ataupun

diberi selepas menerima (Kad Kuning) dalam perlawanan yang sama, secara

automatik akan digantung untuk tempoh dua (2) perlawanan berikutnya.

16.4Tindakan disiplin yang diambil dalam mana-mana perlawanan yang

ditangguhkan diambil kira dan sebaliknya pemain-pemain yang menjalankan tindakan tatatertib dalam perlawanan yang ditangguhkan itu akan dianggap telah menyempurnakan tindakan tatatertib mereka.

 

  1. 17.        JAWATANKUASA TATATERTIB / JURI RAYUAN.

 

17.1Jawatankuasa Juri Rayuan adalah terdiri daripada:

17.1.1   Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

17.1.2   Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

17.1.3   Pengerusi Teknik Pertandingan

17.1.4   Tiga (3) Pengetua atau wakilnya yang tidak terlibat dengan perkara yang akan dibincangkan.

 

17.2Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu

mengenai disiplin pemain dan pegawai serta sebarang kes yang berkaitan

dengan perjalanan kejohanan ini.

 

  1. 18.        BANTAHAN.

 

18.1Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah

dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola

Pertandingan dan hendaklah diterima dalam tempoh 24 jam selepas tamatnya

perlawanan berkenaan dan disertai dengan RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua

Ratus sahaja) yang akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya.

18.2Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara

fakta yang dibuat oleh Pengadil di padang permainan.

 

 

  1. 19.        HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN.

 

Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat Pengerusi Teknik dan Pembangunan Bolasepak Negeri berkenaan.  Segala keputusan itu adalah muktamad.

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan Bola Sepak

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT ZON SABAH & WP. LABUAN

 

 

 

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT ZON SABAH & WP. LABUAN 2012

 

 

 

1.0          UNDANG-UNDANG PERMAINAN.

 

Undang-Undang Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA), dan undang undang Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia MSSM yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang undang rasmi pertandingan kecuali ada undang undang khas yang dinyatakan berlainan dalam pertandingan ini.

 

2.0          TARIKH PERTANDINGAN.

 

2.1          Tarikh : 15 April hingga 18 April 2012.

 

3.0          TEMPAT PERTANDINGAN.

 

3.1          Tempat : Sekolah Menengah Vokasional Lahad Datu.

 

4.0          KELAYAKAN PEMAIN.

 

 

4.1       Penyertaan adalah terbuka kepada semua SMV, SMT dan KV Zon Sabah & WP Labuan.

4.2      Pemain yang hendak didaftarkan bermain mewakili pasukannya hendaklah di kalangan murid-murid yang sedang belajar dan didaftarkan sebagai murid di sekolah berkenaan sahaja seperti :

4.2.1    Murid-murid yang sedang mengikuti Kursus Sepenuh Masa aliran Teknik dan Vokasional.

4.2.2    Murid-murid yang sedang mengikuti Aliran Kemahiran Kursus Dua

tahun.

4.3       Pemain-pemain berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH didaftarkan sebagai pemain sekolah berkenaan, jika :-

4.3.1    Murid-murid tersebut sedang mengikuti Kursus Kemahiran Jangka Pendek tiga (3) bulan, enam (6) bulan atau satu (1) tahun.

4.3.2    Murid-murid yang sedang mengikuti Kursus Kemahiran satu (1) tahun.

4.3.3     Murid-murid tersebut sedang mengikuti kursus program murid sekolah menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2) matapelajaran SMT/SMV/KV.

4.3.4    Murid-murid yang sedang belajar di dalam Tingkatan 6.

4.4       Pihak Pengelola berhak membuat semakan kelayakan peserta pada bila bila

masa dan dimana mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini akan

menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada pertandingan ini.

 

 

 

5.0          PENDAFTARAN PEMAIN

 

5.1       Setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan mendaftarkan  dua belas (12) orang pemain sahaja.

5.2       Salinan kad Pengenalan pemain yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah masing masing akan digunakan sebagai bukti daftar penyertaaan pemain tersebut.

5.3       Jawatankuasa Pengelola Pertandingan perlu mengadakan mesyuarat Pengurus pasukan untuk penyelarasan pertandingan dan pengesahan status pemain yang mewakili pasukan sekolah mereka. Pengurus Pasukan dimestikan membawa bersama Kad Pengenalan asal dan Salinan Kad Pengenalan ( per 4.7) untuk pengesahan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

5.4     Pendaftaran pegawai pasukan dan pemain hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Rasmi dan disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sekurang kurangnya satu bulan

5.5       sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Pemain atau pendaftaran pemain baru hendaklah dilakukan semasa mesyuarat tersebut . Sebarang pindaan adalah TIDAK DIBENARKAN.

5.6       Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pemain.

5.7       Setiap pasukan perlu mengemukakan nama tujuh ( 7) pemain serta lima (5) pemain simpanan lengkap dengan posisi masing masing didalam borang khas dan diserahkan kepada pegawai pertandingan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

 

6.0          SISTEM PERTANDINGAN.

 

6.1          Sistem pertandingan adalah secara liga dua kumpulan dan kalah mati pada

peringkat separuh akhir dan akhir.

 

 

7.0          MASA BERMAIN.

 

7.1          Masa bermain adalah mengikut sistem ” Four Quarters ” iaitu  melibatkan separuh masa ( 15”-3 / 15”-5/ 15”-3/15” )

7.2          Separuh akhir dan Akhir

7.2.1      Masa permainan sama seperti 7.1

7.2.2      Jika berlaku keputusan seri selepas masa permainan tamat, masa tambahan akan diberi. Masa tambahan itu hendaklah mengandungi 5 minit setiap bahagian tanpa rehat. Pemain tidak boleh meninggalkan gelanggang permainan.

 

8.0          PERTUKARAN PEMAIN.

 

8.1          Seberaparamai penggantian dibenarkan.

8.2          Pertukaran hanya boleh dibuat semasa rehat dan juga semasa berlaku kecederaan pemain

8.3          Masa pertukaran pemain yang cedera ialah 2 minit.

 

9.0          CARA PEMBERIAN MATA

 

9.1       Cara pemberian mata adalah seperti berikut

9.1.1    Pemberian Mata.

Menang           –           (2) Dua mata

Seri                  –           (1) Satu mata

Kalah               –           (0) Kosong mata

9..2      Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :

9.2.1    Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

9.2.2    Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak

akan dikira sebagai pemenang.

9.2.3    Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira menang.

9.2.4    Jika masih seri, cabutan undi akan diadakan untuk

menentukan pemenang

9.3       Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke pertandingan

Separuh akhir.

 

 

10.0       PAKAIAN / BOLA PERTANDINGAN.

 

10.1       Setiap pemain diwajibkan memakai bib mengikut peraturan Gabungan Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA).

10.2       Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib.

10.3     Sekiranya terdapat persamaan warna bib, maka pasukan tuan rumah ( pasukan yang disebut dahulu) hendaklah menukar warna bibnya.

10.4     Setiap pemain hanya dibenarkan memakai skirt atau seluar trek secara berpasukan sahaja.

10.5     Bola bola pertandingan akan disediakan sendiri oleh pasukan yang bertanding.

10.6     Saiz bola untuk bermain ialah saiz 5

10.7     Tinggi tiang ialah 3.50 meter atau 10 kaki.

10.8     Pertandingan akan dijalankan di dalam dewan

 

11.0       BILANGAN MINIMUM PEMAIN

 

11.1       Tidak kurang dari 5 pemain hendaklah diturunkan oleh sesuatu pasukan bagi

memulakan sesuatu perlawanan.

 

12.0       SENTUHAN.

 

12.1       Sentuhan pemain dan sentuhan dengan bola.

12.1.1   Tiada seorang pemain pun boleh menyentuh pemain lawan dengan apa jua cara sehingga mengganggu pemain lawan.

12.1.2   Dalam usaha untuk menyerang atau mengadang atau memainkan bola, seseorang tidak boleh :

12.1.2.1         Bergerak ke laluan pemain lawan yang sedang berusaha

mendarat di tempat itu.

12.1.2.2Menolak, menyadung, memegang dan bersandar

kepada pemain lawan atau menggunakan mana-mana cara sentuhan.

12.1.2.3Meletakkan sebelah atau kedua-dua belah tangan ke

atas bola yang dikawal pihak lawan kecuali jika seorang pemain meletakkan tangan ke atas bola selepas bola diterima oleh pemain lawan.  Pengadil bolehlah menggunakan undang-undang ’advantage’ untuk membenarkan pemain yang sedang menguasai bola itu meneruskan permainan.

12.1.3.   Melanggar dan merampas bola daripada penguasaan pemain lawan.

12.1.4.  Semasa memegang bola dan menolak pemain lawan dengan bola tersebut.

12.1.5.   Berada terlalu dekat dengan pemain lawan menyebabkan pengadil menganggap pemain tidak dapat bergerak tanpa melakukan sentuhan.

 

  1. 13.        HALANGAN.

 

13.1 Percubaan memintas atau mengadang bola boleh dilakukan oleh pemain

pertahanan jika jarak di atas tanah tidak kurang dari 0.9 meter (3 kaki) daripada

pemain yang memegang bola. Apabila bola diterima oleh seseorang pemain

jarak ini diukur sebagai berikut :

13.1.1       Jika kaki mendarat mencecah tanah atau berputar, jarak tersebut

diukur dari kaki itu ke kaki terdekat lawan.

13.1.3.     Jika kaki itu mendarat mencecah tanah atau berputar diangkat, jarak diukur dari tempat asal kaki itu berada dengan kaki terdekat pemain lawan.

13.1.4.     Jika pemain berdiri atau mendarat dengan kedua-dua belah kaki serentak dan masih berdiri jarak itu diukur dari kaki terdekat pemain lawan.

13.1.5.     Jika pemain itu berada atau mendarat dengan kedua-dua belah kaki serentak dan sebelah kaki diangkat, kaki yang sebelah lagi itu dianggap kaki mendarat dari mana jarak 0.9 meter (3 kaki) diukur.

 

 

  1. 14.        KELEWATAN.

 

14.1     Pemain yang lewat hadir tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh menjadi pengganti seperti mana yang diperuntukkan dalam undang-undang 6 Penggantian Pertukaran Posisi.

14.2     Jika posisi pemain yang lewat itu tidak diisi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi setelah memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke dalam gelanggang.

14.2.1  Selepas satu gol dijaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang dibiarkan kosong dalam pasukan itu;

14.2.2  Semasa pemberhentian atau kecederaan atau sakit;

14.2.3  Sebaik sahaja selepas rehat

14.3     Hanya sepuluh (10) minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat.  Jika selepas itu suatu pasukan tidak hadir dengan sekurang-kurangya lima (5) pemain, pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja. Maka pihak lawan diberi kemenangan percuma dengan mendapat dua (2) mata dan jaringan 20 – 0.

 

 

 

 

  1. 15.        MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH.

 

15.1.      Pasukan yang telah bersetuju untuk mengambil bahagian tidak dibenarkan menarik diri semasa pertandingan dijalankan.

15.2.      Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan-pertandingan itu, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan itu dibatalkan. Pasukan itu tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya.

 

 

  1. 16.        BANTAHAN.

 

16.1.      Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh pegawai diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan atau wakilnya tidak lewat daripada satu (1) jam selepas tamat perlawanan dengan bayaran RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus sahaja).  Wang tersebut tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.

16.2.      Jika sesuatu pasukan membuat bantahan, perlawanan mereka selepas itu hendaklah dijalankan dengan bermain dalm bantahan.

 

 

  1. 17.        JURI RAYUAN.

 

Mereka terdiri daripada :-

17.1.      Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya

17.2.      Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya

17.3.      Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

17.4.      Tiga (3) wakil Pengetua sekolah yang tidak terlibat dengan bantahan / kes tersebut

 

 

  1. 18.        PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN.

 

18.1Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan Am MSSM dan peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola .  Keputusan itu adalah muktamad.

 

 

 

PERATURAN PERTANDINGAN RAGBI

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT ZON SABAH & WP. LABUAN 2012.

 

 

 

 

1.0.        UNDANG UNDANG PERMAINAN.

 

1.1.        Selain daripada peraturan peraturan yang terkandung , pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang undang Permainan Ragbi Antarabangsa IRB Bawah 19 tahun  dan Kesatuan Ragbi Malaysia KRM dan peraturan MSSM.

 

2.0.        TARIKH PERTANDINGAN

 

2.1       Tarikh : 15 hingga 18 April 2012

 

3.0.        TEMPAT PERTANDINGAN

3.1       Tempat : Sekolah Menengah Vokasional Lahad Datu.

 

 

4.0.        KELAYAKAN PEMAIN.

 

4.1.      Penyertaan adalah terbuka kepada semua SMT, SMV dan KV seluruh Sabah dan WP. Labuan.

4.2       Pemain yang hendak didaftarkan bermain mewakili pasukannya hendaklah di kalangan murid-murid yang sedang belajar dan didaftarkan sebagai murid di sekolah berkenaan sahaja seperti :

4.2.1    Murid-murid yang sedang mengikuti Kursus Sepenuh Masa aliran Teknik dan Vokasional.

4.2.2    Murid-murid yang sedang mengikuti Aliran Kemahiran Kursus Dua

tahun.

4.3       Pemain-pemain berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH didaftarkan sebagai pemain sekolah berkenaan, jika :-

4.3.1    Murid-murid tersebut sedang mengikuti Kursus Kemahiran Jangka Pendek tiga (3) bulan, enam (6) bulan atau satu (1) tahun.

4.3.2    Murid-murid yang sedang mengikuti program khas seperti projek link

( kerjasama dengan pihak swasta dan agensi luar )

4.3.3    Murid-Murid tersebut sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2) matapelajaran SMT/SMV/KV.

4.4       Pihak Pengelola berhak membuat semakan kelayakan peserta pada bila bila masa dan mana mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada pertandingan ini.

 

5.0       PENDAFTARAN PEMAIN.

 

5.1       Pendaftaran pemain atau peserta mestilah menggunakan Borang Pendaftaran rasmi ( T01 ) yang disediakan oleh Pihak Pengelola beserta salinan kad pengenalan pemain / peserta yang telah disahkan. Borang tersebut hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya sebulan sebelum pertandingan bermula.

5.2       Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Pemain atau pendaftaran pemain baru hendaklah dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Selepas mesyuarat tersebut sebarang pindaan adalah TIDAK DIBENARKAN.

5.3       Sekurang kurangnya 15 minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap tiap pasukan hendaklah mengemukakan nama ( 10 ) sebelas pemain dan (7) tujuh pemain simpanan serta nombor jersi mereka di dalam  borang perlawanan.

5.4       Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pemain dan borang perlawanan.

 

 

6.0          JADUAL SERTA WARNA JERSI PASUKAN.

 

6.1                  Jawatankuasa Pengelola Pertandingan hendaklah menyusun jadual

perlawanan dan hendaklah diedarkan kepada semua pasukan yang

mengambil bahagian sekurang-kurangnya seminggu atau dalam satu tempoh

masa yang sesuai sebelum bermulanya pertandingan.

6.2          Sekiranya terdapat persamaan warna pakaian yang dengan syarat tuan rumah memakai warna sebagaimana yang mereka istiharkan, maka pasukan pelawat hendaklah menukar warna pakaian mereka.  Begitu juga sekiranya pasukan tuan rumah memakai warna pakaian lain dari apa yang mereka istiharkan, maka pasukan tuan rumahlah yang perlu menukar warna pakaian mereka.

6.3          Pemain hendaklah memakai jersi yang mempunyai nombor yang sama sepertimana yang telah didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pemain sepanjang pertandingan berlangsung. Pertukaran nombor jersi selain daripada yang didaftarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.

6.4          Semua pasukan dikehendaki mempunyai set jersi kedua dengan warna berlainan daripada jersi pertama.

6.5          Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata dilengan kiri jersinya. Sekiranya Ketua Pasukan digantikan, maka lilitan lengan tersebut hendaklah diberi kepada pemain yang mengambil alih tugas sebagai Ketua Pasukan.

 

 

7.0                  SISTEM PERTANDINGAN.

 

7.1          Pertandingan akan diadakan seperti berikut

7.1.1     Pusingan awal menggunakan sistem liga satu pusingan dua kumpulan ( A & B )

9.1.1.1              Menang           –           (3) tiga mata

9.1.1.2              Seri                  –           (1) satu mata

9.1.1.3              Kalah               –           (0) kosong mata.

7.12     Kalah Mati ( Separuh akhir dan Akhir )

7.1.2.2             Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke

perlawanan separuh akhir. Johan Kumpulan A akan

melawan Naib Johan Kumpulan B dan sebaliknya.

7.1.2.3             Pasukan yang kalah akan mendapat tempat ketiga

bersama.

7.2       Jumlah mata tertinggi akan menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan setelah semua perlawanan liga selesai.Sekiranya, setelah terdapat dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama, maka kedudukan pasukan akan ditentukan seperti berikut :

7.2.1    Perbezaan gol akan menjadi penentuan, iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan terbesar antara jaringan gol ‘masuk’ dengan jaringan gol ‘kena’ hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.

7.2.2    Jika perbezaan gol masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan gol yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi

7.2.3    Jika masih juga seri, maka pasukan yang telah memenangi pihak lawannya hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.

7.2.4    Jika masih juga seri, maka kedudukan seri itu hendaklahlah diselesaikan menurut cara yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

 

 

  1. 8.            PAKAIAN PEMAIN.

 

8.1   Peraturan pakaian pemain ialah seperti yang ditetapkan dalam buku peraturan IRB.

8.2  Setiap pasukan hendaklah mempunyai 2 set jersi yang berlainan warna serta nombor yang jelas.

8.3  Jika dua pasukan memakai jersi yang sama warna, pasukan yang dinamakan sebagai pasukan yang pertama dalam jadual pertandingan dikehendaki menukar jersi.

 

 

  1. 9.                    JAWATANKUASA TATATERTIB KEJOHANAN.

 

9.1          Pemain yang dikenakan kad merah automatik digantung satu perlawanan berikutnya.

9.2         Laporan pengadil (kadmerah ) hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan yang terdiri dari pegawai pegawai berikut

9.2.1      Pengerusi Pengelola

9.2.2      Pengurus Pertandingan

9.2.3      Setiausaha Pengelola

9.2.4      2 Orang Pengetua yang tidak terlibat dengan perlawanan.

 

 

  1. 10.                       JAWATANKUASA TATATERTIB / JURI RAYUAN.

 

10.1       Jawatankuasa Juri Rayuan adalah terdiri daripada:

10.1.1   Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

10.1.2   Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Pertandingan

10.1.3   Pengerusi Teknik Pertandingan

10.1.4   Tiga (3) Pengetua atau wakilnya yang tidak terlibat dengan perkara yang akan dibincangkan.

10.2       Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu mengenai disiplin pemain dan pegawai serta sebarang kes yang berkaitan dengan perjalanan kejohanan ini.

 

  1. 11.        BANTAHAN.

 

11.1Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola   Pertandingan dan hendaklah diterima dalam tempoh 24 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan dan disertai dengan RM200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus sahaja) yang akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya.

11.2Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang dibuat oleh Pengadil di padang permainan.

 

 

  1. 12.        HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN.

 

Segala hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dengan nasihat Pengerusi Teknik dan Pembangunan Bolasepak Negeri berkenaan.  Segala keputusan itu adalah muktamad.

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan Ragbi

KARNIVAL VOKTEK KALI KE XV

PERINGKAT ZON SABAH & WP. LABUAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT ZON SABAH & WP. LABUAN.

 

 

 

 

1.0.        UNDANG-UNDANG PERMAINAN

 

1.1.        Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Sepak Takraw Antarabangsa (  ASTAF ) yang berkuatkuasa ketika ini.

 

2.0.        TARIKH PERTANDINGAN

 

2.1.      Tarikh : 15 – 18 April 2012

 

3.0.        TEMPAT PERTANDINGAN

 

3.1.        Tempat: SM Vokasional Lahad Datu

 

4.0.        KELAYAKAN PEMAIN

 

4.1.        Penyertaan adalah terbuka kepada semua SMT,SMV dan KV di Malaysia.

4.2.        Pemain yang hendak didaftar bermain mewakili pasukannya hendaklah dari kalangan murid-murid yang sedang belajar dan didaftar sebagai pelajar di sekolah berkenaan sahaja seperti:

4.2.1.    Murid yang sedang mengikuti Kursus Sepenuh Masa Aliran Teknik dan Vokasional.

4.2.2.    Murid yang sedang mengikuti Aliran Kemahiran Kursus Dua Tahun.

4.3.        Pemain-pemain berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH didaftarkan sebagai pemain untuk sekolah berkenaan , jika:

4.3.1.    Murid tersebut sedang mengikuti Kursus Kemahiran Jangka Pendek tiga (3) bulan, enam (6) bulan atau satu (1) tahun.

4.3.2.    Murid tersebut sedang mengikuti program khas seperti projek link (kerjasama dengan pihak swasta atau agensi luar).

4.3.3.    Murid yang sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2) matapelajaran di SMT/SMV/KV.

4.3.4.    Murid yang sedang mengikuti pengajian dalam Tingkatan 6.

4.4.        Pihak Pengelola berhak membuat semakan kelayakan peserta pada bila-bila masa dan mana-mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada pertandingan ini.

 

 

5.0.        PENDAFTARAN PEMAIN

 

5.1.        Setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan mendaftar seramai 8 orang pemain sahaja atau 2 regu.

5.2.        Pendaftaran Pemain atau Peserta mestilah menggunakan Borang Pendaftaran Rasmi yang disediakan oleh Pihak Pengelola beserta salinan kad pengenalan pemain / peserta yang telah disahkan. Borang tersebut hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya seminggu sebelum pertandingan bermula.

5.3.        Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Pemain atau pendaftaran pemain baru hendaklah dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan. Selepas mesyuarat tersebut sebarang pindaan adalah TIDAK DIBENARKAN.

5.4.        Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN  jika namanya tidak didaftar di dalam Borang Pendaftaran Pemain.

5.5.        Sebelum sesuatu perlawanan dimulakan, regu yang akan bertanding hendaklah menyerahkan senarai regu atau barisan pemain termasuk pemain simpanan kepada pengadil rasmi bertugas dengan menggunakan borang yang disediakan.

5.6.        Seorang pemain hanya boleh bermain bagi satu regu sahaja dalam sesuatu perlawanan.

 

6.0.        SISTEM PERTANDINGAN

 

6.1.        Pertandingan akan dijalankan secara LIGA DALAM KUMPULAN UNTUK PUSINGAN AWAL

6.2.        Setiap regu akan diundi dalam DUA kumpulan.

6.3.        Bagi perlawanan seterusnya akan dijalankan secara kalah mati.

6.4.        Johan dan N.Johan setiap kumpulan layak bertanding ke peringkat seterusnya ( Suku Akhir ).

6.5.        Pada peringkat suku akhir undian akan dijalankan. Sistem kalah mati diguna pakai pada suku akhir, separuh akhir dan akhir.

6.6       Pemenang peringkat separuh akhir akan bermain untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

 

7.0.        CARA MENENTUKAN PEMENANG.

 

7.1       Regu yang menang 2 – 0 akan mendapat 4 mata, manakala regu yang menang 2 – 1 mendapat 3 mata dan kalah mendapat 0 mata.

7.2       Pasukan yang mendapat  mata terbanyak dikira sebagai pemenang.

7.3       Jika berlaku jumlah mata yang sama, kemenangan ditentukan melalui kaedah:

7.3.1    Kiraan perbezaan set daripada jumlah set menang yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

7.3.2    Jika masih seri, kiraan perbezaan mata, ( point ) daripada jumlah mata yang diperolehi oleh pasukan berkenaan.

7.3.3    Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan pasukan lawan dikira pemenang.

 

 

8.0       PAKAIAN PEMAIN

 

8.1       Pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepak takraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau mempercepatkan pergerakan pemain dan boleh membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali.

8.2       Pemain hendaklah berpakaian lengkap, berstokin, kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi hendaklah dimasukkan ke dalam seluar.

8.3       Jersi bagi regu hendaklah sama warna, bernombor dari 1 hingga seterusnya.

8.4       Setiap pemain hendaklah memakai nombor tetap sepanjang kejohanan, sekiranya berlaku pertukaran hendaklah dimaklumkan kepada pengadil rasmi.

8.5       Ketua regu hendaklah memakai arm band di lengan kiri yang warnanya tidak sama dengan warna jersi.

8.6       Mana-mana pakaian yang tidak mengikut spesifikasi yang dinyatakan hendaklah mendapat kelulusan pihak teknikal terlebih dahulu.

 

9.0       KELEWATAN

 

9.1       Hanya 15 minit diberikan kepada regu yang lewat dan selepas itu pihak lawan akan diberikan kemenangan percuma 2 – 0 ( 21 – 0 ) , ( 21 – 0 ).

 

  1. 10.           MENARIK DIRI

 

10.1       Semua regu dilarang untuk menarik diri dalam pertandingan ini. Sekiranya berlaku, semua keputusan perlawanan sebelum ini akan terbatal dan regu tersebut  akan dikenakan tindakan tatatertib yang akan ditentukan oleh Lembaga Tatatertib . Regu tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya.

10.2       Sila rujuk peraturan am ( Per. 15.0 )

 

  1. 11.          PEGAWAI PERTANDINGAN

 

11.1Jawatankuasa Pengelola bertanggungjawab melantik pegawai

pertandingan.

 

  1. 12.          KAWALAN KESELAMATAN DAN KELAKUAN

 

12.1       Semua pasukan yang mengambil bahagian adalah bertanggungjawab atas kelakuan para pegawai, pemain dan penyokong.

 

  1. 13.          TINDAKAN TATATERTIB

 

13.1     Mana-mana pemain yang telah diberi amaran dengan dua (2) kali kad kuning oleh pengadil bertugas dengan sendirinya digantung satu (1) perlawanan berikutnya.

13.2       Mana-mana pemain yang menerima kad merah daripada pengadil bertugas yang diarah keluar gelanggang dan tindakan tatatertib akan diambil ke atasnya. Pemain berkenaan tidak dibenarkan bermain dalam pertandingan berikutnya sehingga Jawatankuasa Tatatertib mengambil sesuatu keputusan.

 

14            JAWATAN KUASA JURI RAYUAN

 

14.1     Jawatankuasa Juri Rayuan terdiri daripada :

14.1.1  Pengerusi jawatankuasa pengelola kejohanan.

14.1.2  Setiausaha jawatankuasa pengelola kejohanan

14.1.3  Pengerusi Teknik Pertandingan

14.1.4  Pengerusi Pengadil Kejohanan

14.1.5  Tiga (3) Pengetua atau wakil yang tidak terlibat dengan perkara yang akan dibincang.

 

  1. LEMBAGA TATATERTIB

 

15.1       Lembaga tatatertib ini bertanggungjawab untuk mengambil tindakan yang perlu mengenai disiplin pemain dan pegawai serta sebarang kes yang berkaitan dengan perjalanan kejohanan ini.

15.2       Sila rujuk peraturan am ( Per. 15.0 )

 

16           BANTAHAN

 

16.1       Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah dihantar secara bertulis kepada  Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan hendaklah diterima dalam tempoh 1 jam selepas tamatnya perlawanan berkenaan dan disertai dengan RM 200.00 yang akan dikembalikan jika bantahan itu berjaya.

16.2       Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang dibuat oleh pengadil di gelanggang permainan.

15.4       Sila rujuk peraturan am ( Per. 13.0 )

 

  1. 17.          PERKARA-PERKARA  YANG TIDAK DINYATAKAN

 

15.5       Segala hal yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini, akan diputuskan oleh Jawatnkuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan itu adalah muktamad.

16.2     Sila rujuk peraturan am.

 

 

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Sepak Takraw

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT ZON SABAH & WP. LABUAN

 

 

 

RULES AND GUIDELINES ENGLISH LANGUAGE DEBATE

KARNIVAL VOKTEK

SABAH & WP LABUAN ZONE 2012

_____________________________________________________________________

 

 

1.   NAME.

 

The name of the competition is the English Language Debate, Karnival VOKTEK 2012.

 

 

2.   FORMAT.

 

2.1    A team representing a school shall consist of three (3) main debaters and one (1) reserve.

2.2    The proposition team is known as the Affirmative (or the Government) while the opposition is known as the Negative (or the Opposition).

2.3    The first speaker of the proposition team will be known as the Prime Minister. The other speakers of the team are known as the second and third Minister respectively. The first speaker of the opposing team will be known as the Opposition Leader and the second and third are known as the second and third Opposers respectively.

2.4    Allocation of time and speaking orders.

 

  AFFIRMATIVE   NEGATIVE TIME

1

1ST Speaker

2

1st Speaker 8 Minutes

3

2nd Speaker

4

2nd Speaker 8 Minutes

5

3rd Speaker

6

3rd Speaker 8 Minutes

8

Reply Speech

1st/ 2nd Affirmative

7

Reply Speech

1st/ 2nd Speaker Negative

4 Minutes

 

2.5      The first debater from both teams will introduce only One argument while the second debaters present TWO arguments. The third debaters from both teams shall not introduce any new arguments. His / Her role is only to rebut.

2.6      While a debater is speaking, the opposing team can offer ‘Pont(s) of information (formal interjection)’. The speaker may accept or decline it politely.

2.7      After all the speakers have spoken once, the first or second speaker from each side will give a Reply Speech with the Negative reply being the delivered first followed by the Affirmative.

 

 

3.   ELIGIBILITY

 

3.1    The competition is opened to all students of Form 4-5 from all Technical/ Vocational schools inMalaysia.

3.2    A school is allowed to send only one team to participate in the competition. The names of the debaters as stated in the registration form should remain the same throughout the competition.

3.3    Each team should comprise of at least 1 Bumiputera student who is a speaking members of the teams.

3.4    Every member of the participating teams should come from the same school.

3.5    The Champion school team shall represent the Zone for the National Championship.

 

 

4.   JUDGING

 

4.1    An odd numbered panel of at least 3 adjudicators shall judge the debates from First and Second Round and 5 adjudicators shall judge the semi-finals and Finals of the debate.

4.2    Adjudicators should be briefed on the rules of the judging 30 minutes before the debate.

4.3    Each school is required to send 2 teachers, one whom will have to be the adjudicator.

4.4    Adjudicators shall not judge the team of their own school.

4.5    A debate is won by the team which scores a majority of votes from the adjudicators on the panel. Team marks or winning margins of the adjudicators are not to be added together to decide the winner.

4.6    Immediately after the debate, the Speaker will collect the score sheets from the adjudicators when deciding the winner of the debate.

4.7    Once the score sheet has been handed in the adjudicators shall meet and confer to decide the Best Speaker. They shall refer to the Comment Sheet to decide the winner.

 

 

  1. 5.    PROCEDURE.

 

        The process of  the Debate

5.1.1 The debate topics will be given to the competing teams at least 3 weeks before the actual competition for the zone.

Each team will draw the stand ONE hour before a debate.

5.1.2 The team will then be quarantined in their preparatory room for one hour to prepare the debate.

5.1.3 Only team members competing (3 main speakers and 1 reserve) will be allowed in the preparatory room.

5.1.4 The team is allowed to use only printed reference materials in the quarantine room. No electronic gadgets are allowed in.

5.1.5 Teams are required to be seated at the debate venue(s) 5 minutes before the start of the debate.

 

        The Role of the Speaker

5.2.1 A chairperson who will be addressed as Mr. Speaker or Madam Speaker will chair each debate.

5.2.2 The speaker is responsible for the smooth running of the debate.

5.2.3 The speaker will be read out the rules of the debate and then proceed to introduce the timekeeper, adjudicators and debaters.

5.2.4 The speaker must refrain from making any comments concerning the debate or debaters during the debate.

5.2.5 The Speaker must ensure that the adjudicators must be given enough time to fill in their marks before the next debater is called.

 

        The Role of the Timekeeper

5.3.1 The Timekeeper must ensure that each debater is given 8 minutes to deliver his / her speech.

5.3.2 The Timekeeper will ring the bell once after the 1st minute and at the end of the 7th minute to signal the time allocated for Points of Information. At the end of the 8th minute, the bell will be rung twice (placards may be used by the timekeeper to indicate the remaining time left, at intervals of one minute).

5.3.3 A maximum time of 3 minutes will be given to both teams to prepare for Reply Speech.

5.3.4 During the Reply Speech, the Timekeeper will ring the bell once at the 3rd minute to signal that the debater has 1 minute left. At the end of the 4th minute, the bell will be rung twice to signal the end of the debate.

 

 

  1. POINT OF INFORMATION

 

6.1    A point of information is formal interjection. It can be:

i)    a question

ii)   a remark

iii)    a clarification

iv)   a correction of word(s) or statement(s)

6.2      The aim of Point of Information is to give or receive information on a certain issue being discussed. The opposing team can correct facts that are erroneous or use the Point of Information to ask clarification or ask question the opposing team during the debate.

6.3    A Point of Information may be offered by a member of the opposition team from the 2ND minute to the 7th minute of the time allocated to the debater. Points of Information are not allowed during the 1st and Final minutes of the speech. A bell will be rung to signal the beginning and the end of the time allocated for Points of Information.

6.4    A time limit of 15 seconds is allowed for each Point of Information. Therefore, the Points of Information put forth must be concise and to the point.

6.5    No hackling, harassment or barracking is allowed at any time of the debate.

6.6    Giving and taking Points of Information should be done politely. A debater is required to raise his / her hand and to stand when putting forth a Point of Information. Rude, abusive or aggressive behaviour in both instances will lead to a reduction of marks from the STYLE section.

6.7    A debater may either accept the Point of Information or decline it. If accepted, the opponent may make a short point or ask a question that deals with some issues of the debate ( preferably one just made by the debater ).

6.8    A debater MUST give or take at least 2 Points of Information during the course of the debate.

6.8.1 A debater who does not offer the minimum number of Points of Information will be marked down for SUBSTANCE and STRATEGY.

  • Substance for failing to take advantage of opportunities.
  • Strategy for failing to understand the role of the debater under this style.

6.8.2 A debater who fails to accept any Points of Information would be marked down for SUBSTANCE AND STRATEGY.

  • Substance for failing to allow the other side to make their point.
    • Strategy for not understanding the role of the debater under this style or cowardice in not accepting a challenge.

6.9      No Point of Information may be offered during the Reply Speech.

6.10   A Point of Information is offered by standing and saying “Point of Information” or “POI”. The debater on the floor is not obliged to accept every point. He / She may:

  • Ask the interrupter to sit down.
  • Finish the sentence and then accept the point.
  • Accept the point there and then.

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT SABAH & WP LABUAN

 

 

————————————————————————————————————

 

PERATURAN PERTANDINGAN SOFBOL

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT ZON SABAH & WP LABUAN

 

————————————————————————————————————-

 

 

  1. 1.               UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN.

 

1.1       Pertandingan dijalankan mengikut   Undang-Undang Permainan    Sofbol Antarabangsa   ( ISF- Fast Pitch).

1.2       Tertakluk kepada Peraturan Am Karnival VOKTEK terkini.

1.3       Pertandingan untuk kategori umur bawah 18 tahun perempuan sahaja tertakluk kepada pindaan yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa teknikal..

 

  1. 2.       JENIS PERTANDINGAN

 

2.1       Pertandingan berpasukan antara SMT/SMV/KV Zon Sabah & WP Labuan bawah 18 tahun perempuan.

 

3.         KELAYAKAN PEMAIN

3.1       Semua pemain mesti mematuhi Peraturan Am MSSM

3.2       Kategori bawah 18 tahun dan ke bawah

-  semua pemain mestilah membawa Kad Pengenalan asal masing-

masing

 

4.         PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

 

4.1       Setiap pasukan mesti mempunyai tidak lebih daripada 15 orang pemain dan seorang jurulatih dan seorang pengurus pasukan.

4.2       Setiap pasukan mesti disertai oleh PENGURUS PASUKAN  pada masa perlawanan dijalankan.

4.3       Pendaftaran :  Sebarang perubahan atau pindaan pada borang pendaftaran dibenarkan pada mesyuarat/taklimat Pengurus-pengurus pasukan, jika pengurus berkenaan membawasuratpengesahan yang ditandatangani oleh Pengetua masing-masing dengan cop rasmi.

4.4          Semua Proses pendaftaran pemain mesti mematuhi Peraturan Am ( Per. 6.0 ) Karnival VOKTEK.

5.         SISTEM PERTANDINGAN

5.1       Sistem pertandingan satu pusingan (Round Robin) akan dijalankan jika tidak mendapat penyertaan yang mencukupi.

5.2       Tempoh Perlawanan:

5.2.1    Semua perlawanan pusingan awal adalah  selama 1 jam 20 minit

atau 7 inning.

5.2.2    Jika sesuatu pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam innings ke 3, 10 larian dalam innings ke 4 dan 7 larian dalam innings ke 5 selepas tamat giliran memukul, perlawanan tersebut hendaklah ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang.

5.2.3    Jika mana-mana pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam inning ketiga, 10 larian dalam inning keempat dan 7 larian dalam inning kelima selepas tamat giliran memukul, perlawanan itu hendaklah ditamatkan dan pasukan tersebut dikira menang.

5.2.4    Dalam  tempoh  perlawanan  masa,  permainan  mestilah

ditamatkan jika   pasukan pemukul kedua ( Second at bat )

mendahului lawannya.

5.3       Tie breaker akan dikuatkuasakan sekiranya kedua-dua pasukan masih lagi seri setelah tamat tempoh perlawanan atau cukup jumlah innings yang ditetapkan.

 

 

6.         KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN.

 

6.1       Pemberian mata dalam pusingan awal adalah seperti berikut:

Menang           –           2 mata

Kalah               –           0 mata

6.2        Jika seri, kedudukan akan dikira seperti berikut;

6.2.1      Jumlah larian yang paling banyak akan diambil kira.

6.2.2      Jika masih seri, jumlah larian kena yang paling rendah akan

diambil  kira

6.2.3      Jika masih seri, keputusan perlawanan antara pasukan terbabit akan diambil kira, pasukan yang menang akan diletakkan pada kedudukan yang lebih tinggi (Jika dua pasukan terlibat)

6.2.4   Jika seri juga, cabutan undi akan dijalankan, Pasukan pertama     pilihan akan  diletakkan  pada  kedudukan yang lebih tinggi.

 

7.        PAKAIAN / PERALATAN.

 

7.1       Sila rujuk Undang-undang Antarabangsa Permainan  Sofbol (ISF)

7.2       Pengurus Pasukan, Jurulatih  dan  pemain  mesti  memakai  pakaian  seragam   pasukan  yang telah  ditetapkan.  Nombor pemain mesti  dipamerkan di belakang pakaian  seragam itu.  Dua  pasukan  yang  bertanding  tidak  boleh  memakai   pakaian  seragam   yang sama  warna  (Pasukan  yang  disebut  akhir  dalam  jadual hendaklah  menukarkan  pakaiannya ).

7.3       “Face Mask”, “Catcher’s Helmet”,”throat protector”, ”chest guard”, “shin guard” adalah DIWAJIBKAN dipakai semasa  pertandingan.

7.4       “Batter Helmet” MESTI dipakai oleh pemukul menunggu, pemukul, pelari bes  dan pemain yang menjadi jurulatih di petak jurulatih.

7.5       Double base di bes pertama akan digunakan

 

8.         KELEWATAN            .

 

Hanya 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan  2  mata dan  7 larian.

 

9.         BANTAHAN.

 

9.1       Bantahan keatas perkara-perkara teknikal hendaklah diselesaikan di atas              padang dan keputusan Ketua Pengadil adalah muktamad.

9.2       Perkara-perkara berkenaan hal kelayakan pemain akan diselesaikan oleh                         Lembaga Rayuan.

9.3       Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis  dengan  disertakan  dengan wang  sebanyak RM 200.00 tidak lewat dari satu jam selepas  tamat perlawanan.  Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekirannya bantahan yang dibuat ditolak.

10.       JURI RAYUAN.

 

Sila rujuk Peraturan AM  (per. 14.0 ) Karnival VOKTEK.  Terdiri  daripada:

10.1     Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau Wakilnya,

10.2     Setiausaha Jawatakuasa Pengelola

10.3     Ketua Penyelaras Kejohanan

10.4     Ketua Pengadil Pertandingan

10.5     2 orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan kes/bantahan.

 

11        BOLA PERTANDINGAN

Bola Rasmi seperti yang tertakluk dalam peraturan ISF.

 

12.       PERKARA TIDAK JELAS / TIDAK DINYATAKAN

Perkara yang tidak dinyatakan dalam PERATURAN PERMAINAN ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah muktamad.

 

 

 

PERATURAN PERTANDINGAN VOKTEK Idol

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT ZON SABAH & WP. LABUAN 2012.

 

 

 

 

1.0.        NAMA PERTANDINGAN.

Pertandingan ini dinamakan “ Pertandingan VOKTEK Idol 2012 “

 

2.0.        TARIKH PERTANDINGAN

 

2.1.      Tarikh: 15 – 18 April 2012

 

3.0.        TEMPAT PERTANDINGAN

 

3.1.        Tempat: Dewan Palma Perdana

Sekolah Menengah Vokasional Lahad Datu

 

4.0.        KELAYAKAN PESERTA

 

4.1.        Penyertaan adalah terbuka kepada semua SMT/SMV/KV di Malaysia.

4.2.        Pemain yang hendak didaftar bermain mewakili pasukannya hendaklah dari kalangan murid-murid yang sedang belajar dan didaftar sebagai pelajar di sekolah berkenaan sahaja seperti:

4.2.1.    Murid yang sedang mengikuti Kursus Sepenuh Masa Aliran Teknik dan Vokasional.

4.2.2.    Murid yang sedang mengikuti Aliran Kemahiran Kursus Dua Tahun.

4.3.        Pemain-pemain berikut adalah TIDAK LAYAK dan TIDAK BOLEH didaftarkan sebagai pemain untuk sekolah berkenaan , jika:

4.3.1.    Murid tersebut sedang mengikuti Kursus Kemahiran Jangka Pendek tiga (3) bulan, enam (6) bulan atau satu (1) tahun.

4.3.2.    Murid tersebut sedang mengikuti program khas seperti projek link (kerjasama dengan pihak swasta atau agensi luar).

4.3.3.    Murid yang sedang mengikuti kursus program pelajar sekolah menengah akademik yang mengambil satu (1) atau dua (2) matapelajaran di SMT/SMV/KV.

4.4.        Salinan Kad Pengenalan pemain yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah masing masing akan digunakan sebagai bukti daftar penyertaan peserta tersebut.

4.5.        Jawatankuasa  Pengelola perlu mengadakan mesyuarat Pengurus Pasukan untuk menyelaras pertandingan dan pengesahan status peserta yang mewakili sekolah masing masing, Pengurus  Pasukan dimestikan membawa bersama sama Kad Pengenalan Asal dan Salinan Kad Pengenalan (per 4.7) untuk pengesahan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

4.6.        Pendaftaran pegawai pasukan dan peserta hendaklah menggunakan Borang Pendaftaran Rasmi dan disampaikan kepadapihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan sekurang-kurangnya satu ( 1 bulan ) sebelum pertandingan bermula.

4.7.        Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Rasmi atau pendaftaran pemain baru boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus pasukan.

4.8.        Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftarkan di dalam Borang Pendaftaran Pemain

4.9.        Pihak Pengelola berhak membuat semakan kelayakan peserta pada bila bila masa dan mana mana pasukan yang gagal mematuhi peraturan ini akan menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada pertandingan ini.

 

5.0.        KATEGORI.

 

5.1.        Pertandingan ini terbuka kepada peserta lelaki dan perempuan.

 

6.0.        SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

 

6.1.        Setiap Sekolah boleh menghantar 3 orang peserta, seorang peserta solo dan dua peserta berduet.

6.2.        Perserta Idol TIDAK DIBENARKAN menyertai mana-mana pertandingan lain sepanjang Karnival VOKTEK.

6.3.        Peserta dikehendaki menyanyi satu LAGU WAJIB iaitu mana-mana lagu P. RAMLEE (duet) dan lagu pilihan sendiri irama Balada Melayu (solo).

6.4.        Peserta dikehendaki membawa sendiri VCD lagu pilihan masing-masing.

6.5.        Giliran peserta yang mengambil bahagian akan diundi semasa pendaftaran.

6.6.        Sila hantar senarai lagu-lagu perserta selewat-lewatnya pada 8 April 2012 ke alamat email nizam_zakaria85@yahoo.com.

6.7.        Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta TIDAK MEMENUHI syarat yang dinyatakan di Per. 6.2..

 

 

7.0.        PEMARKAHAN

 

7.1       Pemarkahan dan penilaian para hakim adalah bersaskan berikut :

Bil

Kriteria

Markah 100 %

1

Kejelasan

20 %

2

Vokal / suara ( Tempo / Pic )

40 %

3

Gaya Persembahan / Penguasaan Pentas

20 %

4

Penghayatan

10 %

5

Busana

10%

 

8.         HADIAH.

 

8.1  Hadiah hadiah akan diberi kepada pemenang Tempat Pertama hingga ketiga di samping sijil penyertaan.

 

9            PENGADILAN / KEPUTUSAN PENGANJUR.

 

9.1  Juri untuk petandingan ini akan ditentukan oleh pihak penganjur.

9.2   Keputusan juri adalah MUKTAMAD. Sebarang bantahan / rayuan terhadap keputusan juri tidak akan dilayan.

9.3  Pihak penganjur berhak untuk membatalkan / meminda pertandingan ini sekiranya perlu berbuat demikian.

 

 

 

 

 

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Idol

KARNIVAL VOKTEK

PERINGKAT ZON SABAH & WP LABUAN

 

 

 

 

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s